SMK SSAAS SEKSYEN 2 SHAH ALAM
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Moto | BELAJAR BERBAKTI |
---|---|
Ditubuhkan | 1 Mac 1979 |
Dirasmikan | 1 Mac 1989 |
Jenis | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Kod sekolah | BEA8603 |
Lokasi | Jalan Bunga Mawar 2/5 SHAH ALAM, Selangor, ![]() |
Nama singkatan | SSAAS |
Laman sesawang | www.facebook.com/pages/SMK-Sultan-Salahuddin-Abdul-Aziz-Shah/ |
Telefon | 03-55198404 |
Faks | 03-55196213 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau nama ringkasnya SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bunga Mawar 2/5, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memiliki 622 pelajar lelaki dan 597 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1219 orang. Ia mempunyai seramai 85 orang guru.2009
Isi kandungan
[sorokkan]Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan sekolah menegah yang pertama dan tertua di Shah Alam. Mula dibina pada tahun 1978 di atas sebidang tanah seluas 9.6 ekar dan diasaskan oleh guru besar yang pertama iaitu Encik Kasim Bin Sohoot. Menggunakan nama Sekolah Menengah Shah Alam sewaktu menumpang di Sekolah Rendah Seksyen 16, Shah Alam selama dua bulan.
Sekolah ini mula beroperasi di Seksyen 2, Shah Alam (lokasi sekarang) pada 1 Mac 1979 apabila bangunan sekolah siap dibina. Lencana dan bendera sekolah telah direka pada tahun 1983. Lagu sekolah pula dicipta oleh bekas pengetua sekolah yang ketiga iaitu Encik Salihuddin Bin Mohd Said. Seterusnya, pada 15 Ogos 1987 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menegah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atas cadangan ahli jawatankuasa PIBG sekolah bersempena perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sekolah ini telah dirasmikan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sempena acara sambutan Hari Keputeraan baginda dan sebagai tanda genap 10 tahun usia sekolah ini pada tahun 1989.
Senarai Pengetua (1979 - Kini)[sunting | sunting sumber]
- En Mohd Kassim Bin Sohoot (Jan 1979 – Jul 1982)
- En Mohd Jais Bin Sarfan (Ogos 1982 – Sept 1983)
- En Salihuddin Bin Mohd Said (Okt 1983 – Feb 1986)
- Pn Hajjah Hamidah Binti Abd. Kadir (Mei 1986 – 1995)
- Pn Hajjah Normah Binti Mohamed (1995 – Ogos 2004)
- Pn Hajjah Nafsiah Binti Jaafar (Okt 2004 – Nov 2007)
- Datin Hajjah Rohani Binti Mustaffa (Mei 2009 – 2014)
- Tuan Haji Azizan Bin Yusoff (sekarang)
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Jalan Bunga Mawar 2/5
- Seksyen 2 Shah Alam
- Selangor,
Malaysia
- Telefon = 03-55198404
- Fax = 03-55196213
- sekian terima kasih
Comments
Post a Comment